PETALING JAYA: Sempena pelaksanaan sekatan pergerakan penuh atau ‘total lockdown’ yang bermula semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempat memuat naik sebuah video berdurasi 39 saat meninjau keadaan bandar raya Kuala Lumpur semalam menerusi laman Facebook miliknya.
Beliau juga sempat singgah melawat petugas barisan hadapan yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR).
“Saya sungguh terharu, sempat saya meronda melihat sendiri keadaan kota raya malam tadi malah, saya puji sikap anda semua yang memberi kerjasama untuk terus kekal di rumah,” tulisnya.
Coretan tersebut mendapat lebih 2,000 perkongsian dalam laman Facebook dan rata-rata pelayar turut meninggalkan komen positif serta memberi semangat kepada beliau yang sudah sedaya upaya menjaga kepentingan rakyat.
“Terima kasih kerana Datuk tak pernah tinggalkan rakyat terkapai-kapai ketika negara dilanda Covid-19 malah sentiasa berusaha sebaik mungkin agar negara ini kembali seperti dulu,” tulis Suriani Hasan.
“Kami nampak kerajaan memang dah sedaya upaya buat yang terbaik, semoga Datuk cekal dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab,” tulis Naziha Zaki. – UTUSAN










