KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Negara yang tamat tempoh perkhidmatan pada Julai dan Ogos ini sebelum sempat Parlimen bersidang kecewa kerana tidak dapat memainkan peranan sebagai senator. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Dewan Negara, Datuk Marzuki Yahya (Pejuang) yang akan tamat tempoh pada 16 Julai ini berkata, kebanyakan ahli Dewan Negara tidak dapat memainkan peranan yang banyak kerana Parlimen tidak bersidang selama enam bulan sejak darurat berkuat kuasa. “Banyak hal perlu…










