Guru luar bandar lebih agresif - Utusan Malaysia

Guru luar bandar lebih agresif

AZIZUL RAHMAN ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pencapaian keputusan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 di luar bandar adalah lebih baik berbanding di bandar menunjukkan inisiatif tambahan dan sikap guru-guru luar bandar yang lebih agresif menampakkan hasil.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jamalul Lail Abdul Wahab berkata, sebagaimana semua sedia maklum, guru-guru di kawasan luar bandar sangat agresif menggunakan modul-modul dalam membantu pelajar-pelajar mereka.

Katanya, berdasarkan dapatan, kebanyakan guru di luar bandar menghasilkan modul-modul tambahan untuk dihantar ke rumah pelajar dengan kerjasama persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).

“Walaupun pelajar luar bandar tidak mendapat kemudahan seperti capaian internet yang baik di kawasan tertentu, mereka tetap mendapat maklumat melalui modul-modul pengajaran tersebut.

“Modul yang disediakan juga agak lengkap meliputi latihan, perkara perlu dibuat, tindakan selanjutnya dan dihantar kembali oleh ibu bapa dalam tempoh masa tertentu. Malah, terdapat sesetengah tempat, guru-guru sendiri ada inisiatif untuk mengambil modul tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kelmarin akhbar melaporkan, pencapaian calon di luar bandar menunjukkan peningkatan lebih tinggi berbanding calon di bandar.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, hal itu menyebabkan jurang pencapaian antara bandar dan luar bandar mengecil kepada 0.38 berbanding 0.44 pada 2019.

Menurut Jamalulail, peningkatan pencapaian itu harus diberikan pujian dan terbukti bahawa modul-modul itu berkesan di samping kaedah-kaedah yang lain.

“Contohnya, walaupun kaedah melalui pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) terganggu, guru dan pelajar masih boleh berhubung sama ada melalui aplikasi WhatsApp sekali gus menyebabkan bimbingan itu sentiasa berterusan,” katanya.

Dalam pada itu, Tokoh Guru Kebangsaan 2016, Azizul Rahman Abdul Rahman berkata, pencapaian itu berdasarkan inisiatif tambahan yang ditunjukkan guru-guru di luar bandar dalam membantu meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar mereka.

“Ada sebahagian guru menggunakan kaedah secara maya tetapi ada sebahagian lagi membuat inisiatif secara fizikal seperti membekalkan bahan kepada pelajar,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.