Buka perniagaan bukan keperluan utama - Utusan Malaysia

Buka perniagaan bukan keperluan utama

SHAHRIN DARUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa segera membenarkan perusahaan kecil dan sederhana yang bukan perkhidmatan supaya beroperasi sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh yang kini dilanjutkan hingga 28 Jun ini.

Malah, wakil-wakil rakyat di kawasan masing-masing juga diminta menghulurkan bantuan kewangan sekurang-kurangnya RM500 kepada setiap peniaga terjejas bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung mereka.

Sekatan pergerakan yang sedang dilaksanakan ini dikhuatiri terus menjadi punca lebih ramai kumpulan tersebut gulung tikar dan muflis kerana tidak mampu membayar komitmen bulanan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Agung Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan, Shahrin Darus berkata, peniaga bukan perkhidmatan tersebut perlu tampil meluahkan rasa tertekan kerana tiada pendapatan dalam tempoh lebih dua minggu.

Beliau sendiri yang berniaga pakaian terpakai sudah hilang pendapatan tetapi tetap kena bayar sewa kedai RM6,000 sebulan tidak termasuk kos-kos lain seperti perbelanjaan harian untuk keluarga.

“Kemungkinan ada peniaga sudah gulung tikar kerana tiada pendapatan langsung. Semua simpanan sudah habis. Kalau peniaga-peniaga yang menjual makanan masih boleh lagi berniaga dan ada pendapatan.

“Yang bukan keperluan asas bagaimana? Terutama peniaga dalam golongan berusia yang kurang mahir berniaga secara dalam talian, kemampuan mereka tidak lagi seperti orang muda yang hanya bergantung dengan perniagaan secara fizikal.

“Walaupun mereka bukan berniaga keperluan asas, mereka masih membayar sewa pejabat, bangunan, lot kedai dan tanggungan anak di rumah,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Akhbar ini melaporkan, hampir 5,000 pengusaha restoran berdepan risiko gulung tikar jika masih dibelenggu prosedur operasi (SOP) semasa dalam tempoh sekatan pergerakan penuh tanpa bantuan sepatutnya.

NORAINI MUSTAFA

Sementara itu, pengasas dan pemborong kelengkapan haji dan umrah Pretty Aini, Noraini Mustafa berkata, dia terpaksa menukarkan strategi perniagaannya kepada produk berasaskan telekung secara dalam talian.

Ini memandangkan sekatan pergerakan penuh yang masih berjalan dan kerajaan Arab Saudi memutuskan ibadah haji bagi Musim Haji 1442H dihadkan hanya untuk warganegara itu dan penduduk negara lain yang berada dalam negara tersebut sahaja.

“Saya menggunakan modal sendiri untuk memperluas pasaran telekung melalui iklan di media sosial. Alhamdulillah, ia berbaloi walaupun pendapatan jauh berbeza seperti sebelum ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.