Warden sokong Israel positif morphine - Utusan Malaysia

Warden sokong Israel positif morphine

TANGKAP layar video berdurasi 59 saat memaparkan seorang lelakI menyokong tindakan Israel dengan nama pengguna Tik Tok, @pahlawan90.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Polis memanggil seorang lelaki yang juga warden Jabatan Penjara berikutan video tularnya menyokong kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin di aplikasi Tik Tok.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, ujian saringan air kencing ke atas lelaki berusia 31 tahun itu mendapati, penjawat awam berkenaan positif dadah jenis morphine.

Beliau berkata, lelaki itu kemudian ditahan untuk siasatan berasingan di bawah Seksyen 15 (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek telah dipanggil untuk direkodkan keterangan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah semalam.

“Dia dibawa ke mahkamah pada hari ini dan perintah tahanan reman dua hari diperoleh. Pihak polis juga merampas seunit telefon bimbit yang dipercayai digunakan ketika memuat naik video tersebut di aplikasi Tik Tok.

“Daripada siasatan yang dijalankan, disyaki suspek memuat naik video tersebut ketika di bawah pengaruh dadah. Kes disiasat di bawah Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1988,” katanya ketika dihubungi.

Baru-baru ini, tular dalam media sosial video berdurasi 59 saat memaparkan seorang lelaki Melayu menyokong tindakan Israel dengan nama pengguna Tik Tok, @pahlawan90.

Video tersebut menimbulkan reaksi negatif dalam kalangan masyarakat kerana dilihat menyentuh sensitiviti agama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya