UTM lantik Azman Mokhtar sebagai Pengarah LPU - Utusan Malaysia

UTM lantik Azman Mokhtar sebagai Pengarah LPU

Azman Mokhtar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melantik bekas Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Tan Sri Azman Mokhtar sebagai Pengarah Lembaga Pengurusan Universiti (LUP) yang baharu.

Azman dilantik bagi menggantikan Tan Sri Abdul Halim Ali yang telah mengakhiri perkhidmatan beliau awal tahun ini dan menghadiri Mesyuarat LPU UTM buat pertama kali hari ini setelah pelantikannya berkuat kuasa 5 April hingga 4 April 2024.

Beliau yang merupakan ikon hebat negara bukanlah asing dalam dunia korporat dan perniagaan kerana berpengalaman luas melalui beberapa jawatan penting yang dipegang dalam organisasi penting.

Sepanjang tempoh perkhidmatan Azman dalam Khazanah dari Jun 2004 hingga Julai 2018, institusi itu telah berkembang menjadi dana terkemuka di rantau ini apabila portfolio bersihnya meningkat daripada RM33.3 bilion pada 2004 kepada RM115.6 bilion pada 2017.

Dalam tempoh itu, Azman juga menerajui Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) atau Program Transformasi GLC 10 tahun dari 2005 hingga 2015 yang merangkumi zon pembangunan ekonomi khas Iskandar Malaysia, pengasingan Khazanah dan syarikatnya ke China, India, Asia Tenggara, Turki, Timur Tengah, Eropah dan Amerika Utara.

Beliau juga pernah mengasas, mempengerusi dan berkhidmat di pelbagai lembaga pengarah syarikat dan badan berkepentingan awam negara termasuk Axiata Group Berhad, Iskandar Investment Berhad dan IHH Healthcare Berhad yang kini merupakan salah satu kumpulan penjagaan kesihatan hospital terbesar di dunia.

Setelah bersara daripada Khazanah, Azman aktif dalam pelbagai perkhidmatan awam, akademik dan organisasi komersial antaranya dilantik menjadi Felo Pelawat Tersohor di Pusat Pengajian Pembangunan, Universiti Cambridge, United Kingdom, Felo Bye-Fellow Kolej Darwin, (University Cambridge) dan Profesor Adjung di UTM.

Beliau juga kini merupakan ahli Global Future Council on Investing of the World Economic Forum, ahli Jawatankuasa Pemandu Forum Kewangan Etika Global dan Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan Pusat Pengajian Islam Oxford.

Pada awal tahun lalu, beliau mengasaskan Fitrah Capital Associates, sebuah firma penasihat kewangan dan strategi yang diperbadankan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) selain berperanan sebagai Pemegang Piagam Penganalisis Kewangan Berkanun (CFA) dan Fellow Association of Chartered and Certified Accountants (ACCA). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya