Trizure lancar kempen cegah penularan Covid-19 - Utusan Malaysia

Trizure lancar kempen cegah penularan Covid-19

PENGGUNAAN alat sanitasi yang canggih perlu digunakan bagi memastikan penularan pandemik Covid-19 dapat dikawal secara sepenuhnya oleh kerajaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Bagi memastikan masyarakat terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dalam usaha memerangi pandemik Covid-19, syarikat multimedia, Trizure International (M) Sdn. Bhd. melancarkan kempen pencegahan penularan pandemik itu.

Kempen tersebut dilancarkan sebagai memainkan peranan syarikat berkenaan dalam soal kemasyarakatan di sebalik kebimbangan terhadap penularan pandemik itu yang semakin mendadak.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir berkata, kempen kepada seluruh rakyat Malaysia itu bertujuan meningkatkan kesedaran dan memperkasa komuniti untuk melindungi diri, keluarga dan komuniti masing-masing dalam usaha memerangi pandemik Covid-19 dan membudayakan norma baharu.

“Menerusi kempen ini, kita (Trizure) menyeru kerajaan agar mempertingkat sanitasi ditempat awam dengan mengeluarkan lebih peruntukan kepada program itu di tempat awam seperti masjid-masjid utama, pasar raya dan pejabat kerajaan.

“Kita perlu menggunakan sanitasi canggih, satu inkubator besar yang mana semua orang perlu melalui untuk masuk ke masjid, pasar raya dan pejabat kerajaan yang menjadi tumpuan umum.

“Kita percaya dengan penggunaan alat sanitasi canggih itu, ia dapat mengawal sekali gus mengurangkan dan mengekang penularan pandemik Covid-19 di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zuhairi berkata, selain sanitasi, SOP lain juga perlu menjadi keutamaan rakyat seperti kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka yang berbeza setiap hari dan mengamalkan penjarakan fizikal.

“Trizure akan terus memainkan peranan untuk sama-sama memberikan kesedaran kepada rakyat tentang pentingnya pematuhan SOP ditetapkan bagi mengelak dijangkiti pandemik Covid-19,” katanya.

Selain itu katanya, syarikat berkenaan juga bersetuju jika kerajaan Pusat melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh selama 14 hari bagi mengawal penularan wabak berkenaan.

“Selepas PKP menyeluruh, terus pertingkatkan sanitasi awam di seluruh negara dengan memastikan lokasi tumpuan seperti masjid, pasaraya, pejabat kerajaan mempunyai inkubator sanitasi yang canggih,” katanya.

Beliau dalam pada itu memohon rakyat supaya mengamalkan kawalan kendiri secara menyeluruh jika kerajaan melaksanakan PKP menyeluruh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN