Tipu invois kerajaan bayar katering jamuan raya - Utusan Malaysia

Tipu invois kerajaan bayar katering jamuan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang ketua pembantu tadbir sebuah kementerian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bagi membiayai majlis jamuan hari raya di rumahnya, tujuh tahun lalu.

Noradlina Idris, 43, didakwa mengemukakan tiga keping invois syarikat katering L’amo Jaya Sdn. Bhd. berjumlah RM11,350 yang memgandungi butiran palsu bagi memperdaya majikannya ketika bertugas di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (kini Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia), Putrajaya.

Tuntutan  dikemukakan kononnya untuk pembayaran bekalan makanan makan tengah hari menteri dan tetamu di Bangunan Sultan Abdul Samad sedangkan ia sebenarnya adalah untuk perkhimatan katering majlis hari raya di kediamannya di Bandar Seri Putra yang diadakan pada 16 Ogos 2014.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan sekitar Ogos 2014 di kementerian terbabit. Ibu kepada empat anak itu telah ditukarkan ke kementerian berbeza.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pegawai pendakwa SPRM, Abd. Muntaqim Abdul Aziz mencadangkan jaminan RM12,000 bagi kesemua pertuduhan serta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah, melaporkan diri ke pejabat SPRM terdekat pada minggu pertama setiap bulan dan tidak boleh menganggu saksi.

Noradlina yang tidak diwakili peguam memohon agar jumlah tersebut dikurangkan.

 “Saya tengah tak ada duit, emak pun dah gadaikan tanah di kampung,” katanya.

Hakim Suzana Hussin selepas mempertimbangkan hujah dan rayuan kedua-dua pihak menetapkan ikat jamin RM10,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin. Beliau turut membenarkan syarat tambahan yang dimohon pendakwaan.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 4 Jun ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya