Serang ketika rakyat Palestin beribadah, tindakan pengecut Israel

Serang ketika rakyat Palestin beribadah, tindakan pengecut Israel

NASRUDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tindakan Israel menceroboh hingga mencederakan warga Palestin yang sedang beribadah pada hari-hari terakhir Ramadan menunjukkan sikap pengecut sebenar mereka apabila menumpukan jemaah di Masjidil Aqsa yang jelas bukan satu ancaman keselamatan. 

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan berkata, Israel tidak mempunyai sebarang sebab untuk membuat serangan itu, malah boleh dianggap sebagai sekadar satu provokasi semata-mata ke atas Palestin. 

“Yadim mengutuk keras tindakan tersebut yang jelas salah dari segi undang-undang serta mencabul hak warga Palestin termasuk wanita dan kanak kanak untuk beribadah. 

“Yadim mengajak semua pihak untuk sama-sama mendesak dan menyeru masyarakat  dunia untuk bertindak segera dan bersatu menentang kezaliman yang dilakukan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, YADIM menyokong penuh kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri  Hishammuddin Tun Hussein yang menyifatkan perbuatan zalim Israel itu bukan sahaja perlu  dikecam sekeras-kerasnya malah rejim Israel mesti dipertanggungjawabkan ke atas  pelanggaran hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa.

Katanya, Yadim menyeru orang ramai, khususnya masyarakat Muslim di negara ini untuk sama-sama mendoakan keselamatan saudara seagama di Palestin agar mereka sentiasa  terpelihara daripada tindakan keji rejim zionis Israel.

Media antarabangsa melaporkan, lebih 200 warga Palestin cedera digempur polis rejim Israel ketika demonstrasi bantahan isu pengusiran beberapa keluarga Palestin dari rumah mereka.

Namun, pihak polis Zionis mendakwa kononnya, langkah kekerasan terpaksa digunakan bagi memulihkan ketenteraman ekoran rusuhan jemaah selepas solat tarawih di masjid tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya