Tendang pengawal keselamatan, polis berpangkat koperal ditahan -

Tendang pengawal keselamatan, polis berpangkat koperal ditahan

Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang anggota polis berpangkat koperal ditahan berhubung insiden menendang seorang pengawal keselamatan di sebuah apartment di sini pada semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dalam satu kenyataan  berkata, video tindakan polis yang tular di Whatsapp itu adalah dirakam kamera litar tertutup (CCTV) .

Katanya, ia berpunca daripada pertengkaran antara mereka berdua apabila pengawal keselamatan berusia 59 tahun dipercayai terlambat membuka palang pintu masuk kawasan kediaman berkenaan menyebabkan suspek terpaksa memberhentikan kenderaannya dan menunggu lama.

“Berlaku pertengkaran antara mereka berdua dan suspek mendakwa mangsa telah mengeluarkan perkataan kesat kepadanya,” kata Mohamad Fakhrudin.

Katanya, suspek telah menendang perut mangsa dan didakwa mengugut untuk memukul mangsa dengan menggunakan topi keledar.

Mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Suspek yang bertugas di IPD Petaling Jaya telah ditahan untuk siasatan dan kita tidak akan berkompromi ke atas mana-mana pegawai dan anggot yang melakukan jenayah terhadap orang awam,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN