Tak sempat proses 700kg daun ketum - Utusan Malaysia

Tak sempat proses 700kg daun ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan merampas 700 kilogram daun ketum di sebuah bengkel kereta dekat Kampung Bunuhan, di sini semalam.

Rampasan itu berjaya mengelak tanaman itu daripada diproses menjadi air sebelum dijual kepada penagih tegarnya di sekitar negeri ini.

Pegawai Pemerintah Medan PGA Superintendan Azhari Nusi berkata, daun ketum yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM21,000 dan dipercayai untuk diproses bagi memenuhi permintaan  daerah ini.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota PGA membuat serbuan di bengkel kereta di Kampung Bunohan pukul 3.30 petang dan ternampak dua lelaki berada di kawasan tersebut.

“Mereka berdua terus bertindak melarikan diri ke arah semak di belakang bengkel sejurus melihat kehadiran anggota PGA,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azhari memberitahu, pemeriksaan dalam bengkel kereta tersebut telah menjumpai longgokan plastik hitam mengandungi daun-daun ketum dengan berat keseluruhan 700 kilogram.

Katanya, kesemua barangan rampasan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN