SELangkah nafi tempah slot vaksin AstraZeneca - Utusan Malaysia

SELangkah nafi tempah slot vaksin AstraZeneca

- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah)   dibangunkan kerajaan Selangor, menafikan dakwaan pihaknya terlibat dalam tempahan slot vaksin AstraZeneca sehingga mencetuskan kekeliruan orang ramai.

Ketua Pegawai Eksekutif SELangkah, Tengku Eista Tengku Alaudin, berkata,  dakwaan  Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) tersebut tidak berasas sama sekali.

“SELangkah tiada penglibatan dalam tempahan slot vaksin AstraZeneca tanpa pengetahuan individu seperti  didakwa.

“Kami juga tidak pernah dihubungi oleh pihak CITF berhubung perkara ini seperti yang diberitahu,” kata beliau dalam kenyataan malam tadi.

Dalam kenyataan CITF,  badan tersebut mendakwa mengenal pasti punca sebilangan individu diberi janji temu penerimaan vaksin walaupun tidak membuat tempahan.

CITF kemudian menuduh SELangkah memberi beberapa slot vaksin tersebut dalam jumlah besar tanpa semakan pangkalan data dan persetujuan individu.

Selasa lalu, orang ramai merungut berikutan mereka berdepan kesukaran memuktamadkan tempahan menerusi laman sesawang atau aplikasi MySejahtera untuk slot penerimaan vaksin tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya