Langgar SOP: Polis siasat majlis tahnik Siti Nurhaliza 

Polis siasat majlis tahnik Siti Nurhaliza 

POLIS membuka kertas siasatan ekoran laporan yang mendakwa penganjuran majlis tahnik anak penyanyi tersohor itu melanggar SOP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis membuka kertas siasatan terhadap penganjuran majlis tahnik anak penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, siasatan dijalankan di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 susulan satu laporan polis dibuat berkaitan isu tersebut.

Katanya, setakat ini pihaknya telah mengenal pasti penganjur majlis dan mereka turut dipanggil untuk diambil keterangan.

“Ini susulan satu artikel berkaitan ketidakpuasan hati netizen dalam satu majlis yang mendakwa berlaku pelanggaran SOP serta beberapa gambar di dalam artikel tersebut menunjukkan kehadiran beberapa orang kenamaan (VVIP) dan penceramah agama terkenal ke majlis tersebut. 

“Di dalam artikel tersebut juga telah menyatakan bahawa VVIP dan penceramah jemputan telah hadir ke majlis tanpa kelulusan dari pihak polis untuk merentas negeri di atas alasan mereka tinggal di luar kawasan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Farouk turut mengingatkan orang ramai sentiasa sensitif dan mengutamakan SOP dalam sebarang aktiviti yang dijalankan dan juga ini meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi kerana kes masih lagi dalam peringkat siasatan.

Netizen mempersoalkan isu kehadiran individu-individu ternama ke majlis tahnik yang diadakan oleh penyanyi terkemuka tanah air itu.

Malah, rata-rata netizen meluahkan rasa ketidakpuashatian mereka apabila individu tersebut dibenar merentas negeri untuk hadir ke majlis tahnik itu.

Antara yang dapat dilihat di majlis tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, tiga penceramah terkenal Azhar Idrus, Don Daniyal Don Biyajid dan Iqbal Zain.

Warganet mempersoalkan kehadiran Zulkifli dan Azhar Idrus yang dikatakan merentas negeri kerana menetap di luar dari kawasan Selangor mahupun Kuala Lumpur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya