Polis KL tubuh 91 pasukan pematuhan SOP - Utusan Malaysia

Polis KL tubuh 91 pasukan pematuhan SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Sebanyak 91 pasukan khas pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 ditubuhkan Polis Kuala Lumpur bagi mengekang peningkatan pandemik itu sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pasukan khas itu diketuai seorang pegawai kanan bagi memantau keadaan lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan awam.

Beliau berkata, pasukan pematuhan itu akan sentiasa mendekati masyarakat bagi mengingatkan mereka agar terus patuh SOP ditetapkan.

“Selain pasukan pemantuhan PDRM, ada 61 kumpulan lagi membabitkan agensi penguat kuasa yang lain yang melibatkan 1,200 kekuatan pegawai dan anggota terlibat.

“Tujuan pasukan pematuhan ini ditubuhkan bagi memberi peringatan kepada orang ramai dan sekiranya mereka masih mengambil sikap sambil lewa, polis tidak teragak-agak mengeluarkan kompaun.

“Selagi kita nasihat, kita terus cuba nasihat untuk mereka terus patuh kepada SOP,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau SOP di Bazar Aidilfitri, Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini hari ini.

Sementara itu, hasil tinjauan hari ini, Azmi memberitahu, rata-rata pelanggan dan peniaga di Jalan TAR mengikut SOP ditetapkan pihak berkuasa.

Beliau berkata, meskipun terdapat peningkatan pengunjung di kawasan itu memandangkan sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lag, pematuhan masyarakat berada di tahap yang baik.

Namun, kata beliau, masih terdapat sesetengahnya didapati masih ingkar dalam mematuhi SOP.

“Saya harap warga Kuala Lumpur lebih berdisplin dalam mematuhi SOP selain pemeriksaan pematuhan polis terus diperketat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN