PKP dinilai semula di negeri-negeri kes mendadak - PM - Utusan Malaysia

PKP dinilai semula di negeri-negeri kes mendadak – PM

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan menilai semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa khususnya di negeri-negeri mengalami peningkatan mendadak kes positif Covid-19.

Menurut beliau, penilaian semula itu penting bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dan tindakan yang diambil adalah berkesan membendung penularan pandemik itu yang semakin meningkat di negara ini dan di seluruh dunia.

Beliau menjelaskan, kerajaan telah menggunakan sistem amaran awal iaitu Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) bagi mengenal pasti kawasan atau premis yang berisiko menyumbang kepada penularan Covid-19.

“Premis-premis ini diarah tutup jika dikesan dilawati sejumlah besar mereka yang positif Covid-19.

“Pendekatan ini selari dengan keputusan kerajaan untuk mengawal dan membendung penularan jangkitan wabak secara bersasar. Melalui sistem ini, pemantauan dilakukan setiap hari bagi mengenal pasti lokasi-lokasi tumpuan awam berisiko tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhyiddin pada masa sama menyeru orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP ditetapkan.

Kata beliau, elakkan berada di tempat yang sempit dan sesak bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat daripada jangkitan Covid-19.

Semalam, Malaysia merekodkan jumlah kes positif baharu Covid-19 hampir 4,000 kes dengan 17 kluster dan 14 kematian direkodkan manakala kes aktif terus menunjukkan peningkatan iaitu 29,227 kes.

Sebanyak sembilan negeri merekodkan lebih 100 kes dengan Selangor terus mencatatkan kes melebihi 1,000 kes iaitu 1,265 kes diikuti Sarawak, 760 kes; Kelantan, 464 kes; Kuala Lumpur, 255 kes; Pulau Pinang, 250 kes; Johor, 160 kes; Negeri Sembilan, 136 kes; Kedah, 136 kes dan Perak, 118 kes.

Pada masa ini, status negeri PKP ialah Kelantan dan sebahagian kawasan di Sabah, Johor, Pahang dan Kedah manakala negeri-negeri PKP Bersyarat (PKPB) ialah Selangor, Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah kecuali daerah Lahad Datu, Tawau dan Keningau di bawah PKP. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.