Pertimbang bantuan kepada peniaga bazar terjejas akibat PKP - Utusan Malaysia

Pertimbang bantuan kepada peniaga bazar terjejas akibat PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri diminta mempertimbang peniaga yang terjejas akibat arahan penutupan bazar Ramadan dan Aidilfitri di semua kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok, diberi bantuan berbentuk pampasan.

Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata, pampasan bersesuaian itu perlu bagi membantu mereka menampung kos modal yang dikeluarkan untuk berniaga.

Katanya, tindakan sama dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor yang memperuntukkan RM5 juta untuk membantu seramai kira-kira 11,000 peniaga yang terjejas akibat penutupan tapak niaga berkenaan.

“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerusi Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memutuskan semua bazar Ramadan dan Aidilfitri dalam kawasan PKP ditutup mulai 10 Mei ini.

“Keputusan ini pasti menimbulkan rasa susah hati dalam kalangan peniaga dan pekerja bazar yang terlibat kerana kebiasaannya hujung Ramadan adalah waktu mereka menghabiskan stok dan mendapatkan modal pusingan serta menjana keuntungan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN