PETALING JAYA: Pengusaha bot di seluruh negara memerlukan sekurang-kurangnya 37,000 nelayan asing bagi menyelesaikan masalah bot laut dalam yang tersadai berikutan penutupan sempadan akibat pandemik Covid-19. Dalam tempoh wabak, pengusaha terpaksa terus menampung kos-kos tertentu termasuk caj dikenakan Jabatan Imigresen Malaysia ke atas nelayan yang tidak boleh memasuki semula negara. Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Abdul Hamid Bahari berkata, situasi tersebut menyebabkan pengusaha perikanan laut dalam terpaksa menanggung kerugian susulan…











