Pastikan pelitup muka di pasaran tidak toksik - Utusan Malaysia

Pastikan pelitup muka di pasaran tidak toksik

MOHIDEEN ABDUL KADER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa memastikan pelitup muka dan peralatan perlindungan lain yang dijual di pasaran tidak mengandungi graphene dan nanopartikel berpotensi toksik lain memandangkan ia berbahaya kepada kesihatan.

Gesaan itu dibuat berikutan tindakan diambil Kerajaan Kanada yang melarang penggunaan pelitup muka mengandungi graphene kerana kemungkinan berisiko penyedutan partikel graphene.

Graphene adalah novel nanomaterial merangkumi zarah zarah halus yang mempunyai sifat antivirus dan antibakteria.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, pelitup muka yang mengandungi graphene boleh dikenal pasti dengan lapisan warna gelap pada bahagian dalam pelitup muka tersebut.

“Menurut kajian, pelitup muka dilapisi graphene berpotensi menyebabkan keracunan paru-paru pada haiwan.

“Meskipun potensi risiko kesihatan, berjuta pelitup muka yang mengandungi nanographene dihasilkan setiap hari dan dijual di seluruh dunia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, memandangkan memakai pelitup muka adalah barisan pertahanan kritikal dalam melawan Covid-19 dan penyakit bawaan udara lain, kehadiran nanopartikel dalam pelitup muka tidak seharusnya menjadi risiko kesihatan tambahan kepada pengguna.

Sehubungan itu, CAP menggesa kerajaan mengharamkan penjualan pelitup muka yang mengandungi nanopartikel graphene atau bahan lain dan menetapkan piawaian bagi pelitup muka.

Jelasnya, pengguna juga perlu mengambil iktibar dan kekal selamat dengan memilih pelitup muka yang diperbuat dari kapas untuk mencegah penyebaran jangkitan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya