Orang luar punca jangkitan Covid-19 di Perlis   - Utusan Malaysia

Orang luar punca jangkitan Covid-19 di Perlis  

DR. SIRAJUDDIN HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Rentas negeri melibatkan orang luar ke negeri ini menjadi penyumpang besar kepada peningkatan kes Covid-19 di Perlis.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Sirajuddin Hashim berkata, berdasarkan analisa terhadap kes dilaporkan mendapati  kebanyakan kes terbabit adalah membabitkan kes import dan kontak daripada kes positif yang berlaku di luar perlis.

Menurut beliau, terdapat juga jangkitan orang Perlis yang pergi ke zon merah dan mempunyai kontak rapat dengan pesakit positif dari luar negeri ini.

“Jadi, inilah (rentas negeri) penyebab utama peningkatan kes di negeri ini selain kes-kes tempatan lain.

“Saya nasihatkan semua rakyat Perlis supaya memainkan peranan dan mementingkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP). Ada keadaan yang membenarkan kita untuk merentas negeri seperti urusan kerja, kematian dan lain-lain yang dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan polis,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, beliau memberitahu, Perlis hanya mempunyai satu kluster buat masa ini iaitu kluster Jalan Kampung Bakau yang mencatatkan tujuh kes.

Bagaimanapun, katanya, tidak ada lagi kes baharu melalui kluster tersebut dilaporkan.

Mengulas mengenai varian Afrika Selatan B.1.351 di negeri ini, beliau berkata,  Kementerian Kesihatan sentiasa memantau varian tersebut.

“Kita tengok dan kenal pasti pesakit yang mana dalam kriteria ini dan menghantar sampel mereka untuk diuji. Bagaimanapun, buat masa ini belum ada  lagi varian yang sama dikesan di sini,” ujarnya.

Sementara itu, beliau memberitahu, kapasiti katil yang digunakan untuk pesakit Covid-19 di Hospital Tuanku Fauziah (HTF)  sekitar 49.4 peratus daripada keseluruhan 85 katil.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya