Migrasi 3G kepada 4G meningkat 130% - Utusan Malaysia

Migrasi 3G kepada 4G meningkat 130%

MUSTAPA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kadar migrasi talian mudah 3G kepada 4G negara meningkat sebanyak 130 peratus, menurut laporan suku pertama program Jalinan Digital Negara (Jendela).

Laporan yang dibentangkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) itu menyatakan, migrasi tersebut melibatkan 629,018 pelanggan berbanding sasaran 562,490 pelanggan pada 28 Februari lalu.

Menurut SKMM, dengan migrasi tersebut sebanyak 20,492 pemancar 3G telah ditutup.

Laporan tersebut dibentangkan dalam mesyuarat antara urusetia Pejabat Pengurusan Perubahan Strategik (SCMO) yang ditubuhkan di bawah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri dengan kerajaan-kerajaan negeri mengenai inisiatif MyDIGITAL dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, SKMM turut menyentuh tentang kos membina menara komunikasi dan struktur atas bumbung yang berbeza mengikut negeri serta jumlah aduan berkenaan liputan internet dalam tempoh Januari hingga Mac lalu mengikut daerah.

Selain itu, kata beliau, berkenaan MyDIGITAL mesyuarat tersebut membuat keputusan untuk mewujudkan satu platform khusus bagi membolehkan inisiatif MyDIGITAL di peringkat kebangsaan dapat diterjemahkan serta diselaraskan melalui pelan strategik dan pelan digital setiap bagi mencapai aspirasi sama.

“Mesyuarat turut membuat keputusan supaya jurang pelaksanaan agenda digital anatar negeri akan dinilai dan dipantau melalui satu indeks pencapaian yang akan dibangunkan oleh EPU,” katanya dalam kenyataan dekat sini semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya