Maut langgar lembu dalam perjalanan ke tempat kerja - Utusan Malaysia

Maut langgar lembu dalam perjalanan ke tempat kerja

KEADAAN motosikal mangsa selepas terlibat kemalangan melanggar lembu di Kilometer 2 Jalan Tenggaroh - Tanjung Leman, di Mersing, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Seorang pengawal keselamatan maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor lembu di Kilometer 2 Jalan Tenggaroh-Tanjung Leman, dekat sini, malam tadi.

Ahmad Ikram, 21, yang tinggal di Felda Tenggaroh 7 maut di lokasi kejadian selepas mengalami cedera parah dalam kejadian ketika dia hendak ke tempat kerja.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Cyril Edrward Nuing berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 8 malam.

“Kes kemalangan maut melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR dengan seekor lembu. Penunggang dalam perjalanan dari arah rumah ke tempat kerja di Ladang Risda Sungai Ambat, di sini.

“Kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa tiba di tempat kejadian tidak perasan terdapat seekor lembu di tengah jalan lalu melanggar haiwan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, akibat rempuhan itu mangsa tercampak di atas jalan raya dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian.

Ujar Cyril, motosikalnya tercampak 80 meter ke depan manakala lembu terbabit turut mati berhampiran kawasan semak di tepi jalan.

“Mangsa dirujuk ke Hospital Mersing bagi tujuan bedah siasat dan keputusan mendapati dia mengalami kecederaan parah di bahagian kepala disebabkan hentakan yang kuat.

“Keadaan di tempat kejadian adalah tidak berlampu dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya