Mangsa banjir Melaka meningkat 619 orang - Utusan Malaysia

Mangsa banjir Melaka meningkat 619 orang

MANGSA banjir di Melaka terus meningkat berikutan hujan lebat yang melanda semalam dan awal pagi tadi. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 619 orang yang terdiri daripada 141 buah keluarga susulan kejadian hujan lebat semalam dan awal pagi tadi.

Sekretariat Jawatankusa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel Cuthbert John Martin Quadra berkata, sebanyak empat pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditambah pada pukul 11 malam sehingga 7 pagi tadi bagi menempatkan kesemua mangsa. 

Katanya, terkini kesemuanya terdapat lapan PPS iaitu enam di daerah Melaka Tengah dan satu masing-masing di Alor Gajah dan Jasin. 

“Setakat pukul 1 petang ini, kita telah memindahkan seramai 619 orang mangsa ke PPS yang berdekatan di kawasan-kawasan terjejas. 

“Pagi tadi kita telah menambah empat PPS iaitu tiga di Melaka Tengah di Sekolah Kebangsan (SK) Ayer Molek, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Malim, SK Demang Husin dan sebuah di Jasin di SJKC Shuh Yen,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Katanya, mengikut pecahan, seramai 161 mangsa telah ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Mutahir, SMK Bukit Rambai (45), SK Ayer Molek (169), Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Tanjung Minyak (61) dan SKJC Malim (41). 

“Seramai 83 mangsa dipindahkan ke SJKC Shuh Yen di Jasin, manakala Dewan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Durian Tunggal mempunyai 59 mangsa. 

“Kita juga telah membuka PPS di SK Demang Husin, namun proses pendaftaran mangsa sedang dilakukan,” jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, sehingga kini sebanyak 32 kawasan disahkan terjejas susulan kejadian banjir kilat yang berlaku.

Ujarnya, 11 lokasi yang terlibat adalah di Melaka Tengah termasuk Sungai Putat, Tamah Bukit Beruang Utama, Taman Bukit Beruang Bestari, Taman Rambai Jaya, Taman Rambai Utama, Taman Rambai Indah, Tanjung Minyak, Kampung Pengkalan Batu, Rumah Awam Ayer Molek, Balai Panjang dan Tebing Tinggi Bukit Katil. 

“Enam kasawan di Jasin membabitkan Tanjung Laboh Tehel, Lubok Kasau Bemban, Taman Tuah Perdana, Paya Kundang, Pengkalan Badak dan Parit Lampong.

“Kawasan terjejas di daerah Alor Gajah adalah di Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Padang Keladi, Taman Kasawari dan Kampung Belimbing Dalam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya