Majlis tahnik anak Siti, lapan diambil keterangan - Utusan Malaysia

Majlis tahnik anak Siti, lapan diambil keterangan

POLIS membuka kertas siasatan ekoran laporan yang mendakwa penganjuran majlis tahnik anak penyanyi tersohor itu melanggar SOP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengambil keterangan lapan individu termasuk penganjur majlis tahnik anak Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin bagi membantu siasatan berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kesemua hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya hari ini untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

“Kes masih dalam siasatan dan pihak polis dalam tindakan mengesan dan akan memanggil semua individu yang berkaitan dengan kes untuk dirakam keterangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam akhbar-akhbar melaporkan polis membuka kertas siasatan terhadap penganjuran majlis tahnik anak penyanyi nombor satu tersebut berhubung pelanggaran SOP PKPB.

Majlis tersebut heboh apabila pengguna media sosial mempersoalkan isu kehadiran beberapa individu.

Ada juga kalangan pengguna sosial  meluahkan rasa tidak puas hati apabila ada individu dalam majlis berkenaan didakwa dibenar merentas negeri hanya untuk hadir ke majlis tahnik.

Antara yang dapat dilihat di majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, tiga penceramah terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus, Don Daniyal Don Biyajid dan Iqbal Zain.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya