REMBAU: Lumpuh kedua-dua belah kaki akibat penyakit polio sejak usia 15 tahun, bukan penghalang buat Nor Afiza Ibrahim berdikari mencari pendapatan sendiri. Jelas Nor Afiza, 48, dia mula serius membuat kuih raya untuk dijual sejak lima tahun lalu selepas mendapat bantuan ketuhar dari Jabatan Tenaga Kerja (JTK) khas buat orang kurang upaya (OKU). Menurutnya, walaupun tempahan hanyalah sekadar daripada rakan-rakan dan keluarga yang berniat untuk membantunya mencari pendapatan, dia tetap…










