Kena kompaun RM20,000 gara-gara tak patuh SOP hari raya -

Kena kompaun RM20,000 gara-gara tak patuh SOP hari raya

NOORZAINY MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PRAI: Gara-gara gagal mengawal kemasukan pelanggan dalam premis hingga menyebabkan kesesakan, seorang pemilik inap desa di Kepala Batas dikenakan kompaun RM20,000.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata pemilik berusia 40 tahun itu gagal mematuhiprosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sempena hari raya pertama semalam.

Sementara 10 pelanggan yang berusia antara 20 dan 40 tahun masing-masing dikenakan kompaun masing-masing RM4,000 kerana didapati tidak mematuhi SOP.

“Ada yang tidak mengimbas kod QR My Sejahtera dan tidak mengamalkan penjarakan fizikal,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Noorzainy berkata, sepanjang operasi semalam, polis daerah Seberang Jaya telah  mengeluarkan 18 kompaun membabitkan jumlah RM88,000 kerana melanggar SOP PKP 3.0.

“Polis daerah ini tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan terus akan menjalankan operasi pematuhan demi memastikan orang ramai mematuhi SOP.

“Ini kerana, polis bukan suka-suka untuk mengeluarkan kompaun tetapi ia adalah demi menjaga kesihatan semua daripada terkena jangkitan COVID-19 yang kini dilihat makin membimbangkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN