Kabinet akan buat keputusan berhubung cadangan membangunkan Lapangan Terbang Subang -

Kabinet akan buat keputusan berhubung cadangan membangunkan Lapangan Terbang Subang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebarang cadangan untuk membangunkan semula Lapangan Terbang Subang masih berada pada peringkat awal dan pertimbangan serta keputusan akhir akan diputuskan
Kabinet.

Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam kenyataan berkata, menjadi kebiasaan bagi pasaran untuk mengemukakan kertas cadangan kepada pihak kerajaan melalui kementerian berkaitan
bagi mengembangkan aset baharu atau sedia ada.

“Dalam kes Lapangan Terbang Subang, ia memerlukan perhatian dan pertimbangan yang baik demi masa depan landskap penerbangan Malaysia yang lebih meluas,” katanya di sini hari ini.

Ini kerana, katanya, lapangan terbang itu telah menjadi kemudahan penting dan pusat bandar utama bagi penduduk Lembah Klang.

MOT berkata demikian sebagai respon terhadap laporan media bahawa terdapat entiti swasta telah mengusulkan kepada kerajaan untuk mengambil alih dan mengoperasikan Lapangan
Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau dikenali sebagai Lapangan Terbang Subang.

Semalam, ahli perniagaan, Tan Sri Desmond Lim, yang merupakan pemegang saham terbesar dalam syarikat hartanah dan pembinaan, WCT Holdings Berhad dikatakan merancang untuk
mengambilalih Lapangan Terbang Subang membabitkan nilai RM3.7 bilion melalui anak syarikatnya, Subang Skypark Sdn Bhd (SSSB).

Cadangan terkini itu sudah dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan dengan anggaran pelaburan awal RM3.7 bilion, di mana RM1.7 bilion akan digunakan untuk terminal penumpang
dan jet eksklusif yang dijangka dibuka 2027.

Baki RM2 bilion akan digunakan bagi membangunkan bandar lapangan terbang bagi tempoh 10 tahun akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya