Jangkitan baharu 6,509 kes hari ini - Utusan Malaysia

Jangkitan baharu 6,509 kes hari ini

Tinjauan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Malawati Shah Alam, Selangor 19 Mei 2021. UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan merekodkan kes baharu Covid-19 ialah  6,509 kes dan Malaysia kini merekodkan jumlah kumulatif angka jangkitan sebanyak 518,600 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan jumlah jangkitan tertinggi iaitu 2,049 kes.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memberitahu, seramai 204,153 penduduk negeri itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)  bermula 24 Februari lalu hingga hari ini.

Menurut beliau, jumlah itu adalah sebahagian daripada 2,751,706 individu yang sudah mendaftar untuk PICK di Selangor.

“Dari sudut peratusan, 4.2 peratus populasi di Selangor sudah menerima suntikan vaksin. Pendaftaran setakat ini 2.7 juta, jumlah yang tinggi tetapi angka ini sekitar 1.3 daripada keseluruhan populasi rakyat Selangor termasuk warga asing,” kata beliau selepas Majlis Pelancaran Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya