PETALING JAYA: Kegagalan individu yang diberi janji temu menerusi aplikasi MySejahtera di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) awam dan PPV klinik kesihatan untuk hadir menerima suntikan vaksin boleh menyebabkan berlakunya pembaziran dos. Ini kerana satu botol vaksin mempunyai jangka hayat pendek dan perlu diguna sebaik sahaja dikeluarkan dari tempat simpanan. Difahamkan, satu botol vaksin boleh digunakan oleh enam jarum suntikan sahaja dan menyebabkan ia perlu dihabiskan dalam tempoh ia dibuka. Sebab…










