Ghazali Omar dilantik TNC Penyelidikan dan Inovasi UTeM

Ghazali Omar dilantik TNC Penyelidikan dan Inovasi UTeM

GHAZALI OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melantik Prof. Dr. Ghazali Omar sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang baharu menerusi persetujuan Kementerian Pengajian Tinggi.

Pelantikan itu berkuat kuasa untuk tempoh tiga tahun bermula dari 19 April lalu sehingga 18 April 2024.

UTeM dalam kenyataan memaklumkan, ia bagi mengisi jawatan dikosongkan Prof. Dr. Zulkifilie Ibrahim yang telah menyandang jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).

Katanya, Ghazali berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari Victoria University of Technology, Melbourne, Australia dalam bidang kejuruteraan mekanikal.

“Beliau kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana Teknologi (Sains Bahan) pada tahun  1995 dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Fizik dari Universiti Malaya (2004).

“Memulakan kerjaya di UTeM sebagai profesor di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal pada tahun 2015, Ghazali turut dilantik sebagai Pengurus Centre of Excellence (CoE) bagi Advanced Research on Energy (CARe), dan kemudiannya dilantik pula sebagai Pengarah bagi Pusat Pembuatan Termaju (AMC), UTeM pada Julai 2020,” katanya di sini hari ini.

Beliau mempunyai kepakaran dan pengalaman luas dalam bidang industri lebih 21 tahun yang mana telah mencipta nama sebagai seorang pakar yang menjadi rujukan pihak industri secara global. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya