Enam daerah di Selangor dikena PKP - Utusan Malaysia

Enam daerah di Selangor dikena PKP

Kerajaan mengumumkan enam Kuala Lumpur dikenakan PKP mulai 7 hingga 20 Mei.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM, 4 MEI: Enam daerah di Selangor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 6 hingga 17 Mei.

Menteri Kanan (keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, enam daerah tersebut ialah  Petaling, Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Klang dan Sepang.

Bagaimanapun, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor kekal dikenakan PKP Bersyarat (PKPB).

Ismail Sabri berkata, keputusan itu dibuat susulan peningkatan mendadak jangkitan Covid-19 di Selangor selain mahu rantaian penularan diputuskan.

Menurut beliau, sejak 20 April hingga 4 Mei lalu, kes Covid-19 di Selangor mencatat jumlah jangkitan yang tinggi.

Sementara itu, beliau berkata, penganjuran rumah terbuka Aidilfitri tidak dibenarkan di seluruh negara tahun ini.

Menurut Ismail Sabri, aktiviti ziarah kubur juga tidak dibenarkan di kawasan PKP dan PKP Diperketatkan.

Bagaimanapun, ziarah hari raya di kawasan PKP dibenarkan pada 1 Syawal, dengan sekatan 15 pengunjung saja yang dibenarkan pada satu-satu masa.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya