Covid-19 terus naik, hari ini 3,418 kes  - Utusan Malaysia

Covid-19 terus naik, hari ini 3,418 kes 

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia kembali merekodkan jumlah kes positif baharu Covid-19 melebihi 3,000 iaitu 3,418 kes hari ini berbanding semalam, 2,881 kes sekali gus terus mengatasi kes sembuh iaitu 2,698 kes. 

Sebanyak 12 kematian dan 11 kluster direkodkan manakala kes aktif terus menunjukkan peningkatan iaitu 30,339 kes berbanding semalam 29,631 kes manakala kelmarin, 29,227 kes. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 345 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 175 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor merekodkan kes tertinggi yang melebihi 1,000 kes iaitu 1,200 kes diikuti Sarawak, 587 kes; Kelantan, 400 kes; Johor, 213 kes; Kuala Lumpur, 198 kes; Terengganu, 184 kes; Pulau Pinang, 145 kes; Sabah, 115 kes dan Kedah, 101 kes. 

“Baki negeri merekodkan kes dua angka iaitu Perak, 77 kes; Negeri Sembilan, 73 kes; Melaka, 61 kes dan Pahang, 45 kes. 

“Manakala Putrajaya, lapan kes; Labuan, tujuh kes dan Perlis, empat kes,” kata beliau dalam kenyataan hari ini. 

 Noor Hisham berkata, 12 kematian dicatatkan di Kelantan, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur. 

“Kes melibatkan tujuh lelaki dan lima wanita berusia antara 56 hingga 89 tahun dengan pelbagai latar belakang penyakit,” katanya. 

Mengulas mengenai 11 kluster, beliau berkata, ia melibatkan lima kluster komuniti, empat kluster sektor pendidikan termasuk dua kluster institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM) serta dua kluster tempat kerja. 

Tambahnya, 10 kluster tamat iaitu Kluster Lorong Mulia, Kluster Jalan Alamanda, Kluster Jalan Padang, Kluster Taman Brick, Kluster Jalan Kemajuan, Kluster Jalan Suasana, Kluster Wakaf Chagak, Kluster Jalan Teluk Kumbar, Kluster Kampung Batu Lapan Lekir dan Kluster Sungai Mupong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya