Covid-19: Jangkitan baharu 4,140 - Utusan Malaysia

Covid-19: Jangkitan baharu 4,140

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak  4,140 kes Covid-19 baharu direkodkan Kementerian Kesihatan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter berkata, Selangor terus menyumbang angka jangkitan baharu tertinggi iaitu 1,507, diikuti Johor (433), Kuala Lumpur (398) dan Pulau Pinang (338).

Terdahulu, dilaporkan hanya daerah Hulu Terengganu di Terengganu menjadi satu-satunya kawasan di semenanjung  kekal berstatus hijau atau tiada langsung kes wabak setakat ini.

Data yang dikongsi Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC)  Kementerian Kesihatan itu menunjukkan di Sarawak kawasan berstatus hijau adalah daerah Kabong dan Telang Usan.

Di Sabah pula adalah di daerah Tambunan, Kudat, Nabawan, Pilas, Tenom, Kuala Penyu, Tongod dan Telupid.

Negeri Perlis menjadi satu-satunya negeri berstatus kuning dengan hanya 12 kes. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya