Covid-19: 93 daerah Malaysia berstatus merah - Utusan Malaysia

Covid-19: 93 daerah Malaysia berstatus merah

Peta Data Pergerakan Covid-19 dari 21 April hingga 4 Mei
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Taburan kes wabak menunjukkan 93 daerah di seluruh negara berstatus zon merah, dengan 61 daripadanya direkodkan di semenanjung.

Menurut data pergerakan 14 hari taburan kes Covid-19 mengikut daerah setakat semalam, hanya lima daerah di semenanjung masih kekal zon hijau, tujuh di Sabah manakala tiada zon hijau di Sarawak.

“Data tersebut  juga menunjukkan semua daerah di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Putrajaya bertukar menjadi zon merah keseluruhan,” jelas Kementerian Kesihatan di laman sosialnya hari ini.

Selangor mencatatkan kes aktif Covid-19 tertinggi membabitkan 11,420 jangkitan dalam tempoh 14 hari mulai 21 April hingga semalam.

Daerah Petaling mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 4,463 kes diikuti Hulu Langat (2,596), Klang (1,521) dan Gombak (1,091).

Berikutan itu, semalam kerajaan mengumumkan enam daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok hingga 17 Mei.

Sebelum ini, PKP dilaksana di seluruh Kelantan mulai 22 April hingga 17 Mei. Arahan sama turut dikenakan lima daerah di Kedah mulai 1 hingga 14 Mei. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya