Covid-19: 17 masjid, surau di Perak ditutup - Utusan Malaysia

Covid-19: 17 masjid, surau di Perak ditutup

MOHD. YUSOP HUSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sebanyak 17 masjid dan surau di negeri ini ditutup sementara berikutan penularan kes positif Covid-19 dalam komuniti.

Penutupan itu juga melibatkan beberapa pejabat bahagian Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan pejabat agama daerah negeri ini.

Pengarah JAIPk, Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, kerja-kerja pembersihan dan sanitasi kini sedang dijalankan di premis-premis berkenaan.

“Setakat ini, 17 masjid dan surau diarah tutup termasuk 12 daripadanya di Ipoh. Pejabat Bahagian Halal JAIPk di Jalan Labrooy di Ipoh dan Pejabat Agama Islam Daerah Bagan Datuk juga ditutup sementara.

“Pembukaan semula premis ini akan dimaklumkan kemudian,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim menerusi kenyataan di Facebook Jabatan Mufti Negeri Perak turut memaklumkan penutupan sementara jabatan itu.

Kenyataan itu menyebut, penutupan bermula hari ini hingga 20 Mei dan sepanjang tempoh tersebut sebarang urusan akan dilaksanakan secara dalam talian.

Dalam pada itu, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) mengumumkan penutupan sementara operasi semua kaunter MAIPK di Kompleks Islam Darul Ridzuan, kaunter di Pusat Tranformasi Bandar (UTC) dan Pejabat Pentadbiran MAIPk Daerah di seluruh Perak.

Menerusi kenyataan di Facebook Zakat Perak-MAIPk, penutupan yang bermula semalam hingga 21 Mei itu bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi serta proses pemulangan kutipan dan kupon zakat fitrah oleh amil.

Menurut MAIPk, sebarang urusan pembayaran zakat, fidyah dan wakaf digalakkan untuk dilaksanakan secara dalam talian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya