Bazar Ramadan kawasan PKP di Selangor tutup mulai 8 Mei - Utusan Malaysia

Bazar Ramadan kawasan PKP di Selangor tutup mulai 8 Mei

AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Operasi bazar Ramadan di enam daerah Selangor yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan dihentikan  mulai 8 Mei ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk  Seri Amirudin Shari berkata, makan  di restoran dan hotel termasuk bufet Ramadan tidak  dibenarkan berkuat kuasa mulai esok.

Bagaimanapun, beliau berkata, bazar Aidilfitri dan pasar malam pula dibenarkan beroperasi sehingga pukul 10 malam.

“Jumlah pengunjung pada satu-satu masa dihadkan mengikut saiz bangunan atau premis, sistem nombor giliran dikuatkuasakan dan kanak-kanak bawah 12 tahun dilarang masuk.

“Lain-lain perkara akan diputuskan dari masa ke masa oleh pengurusan bazar, pihak berkuasa tempatan, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,” kata beliau pada sidang media hari ini.

Susulan pengumuman tersebut, Amirudin berkata, kerajaan negeri akan  menyalurkan bantuan RM500 kepada peniaga bazar Ramadan yang terjejas.

“Peniaga bazar Ramadan kira-kira 11,000  membabitkan peruntukan RM5 juta. Bantuan ini  bagi meringankan keresahan mereka,” kata beliau.

Enam daripada sembilan daerah di Selangor dikenakan PKP mulai 6 hingga 17 Mei. Daerah tersebut ialah Petaling, Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Klang dan Sepang. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya