Anjakan jadual kutipan sisa pepejal tiga kawasan di N. Sembilan - Utusan Malaysia

Anjakan jadual kutipan sisa pepejal tiga kawasan di N. Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tiga kawasan di negeri ini mengalami anjakan jadual kutipan sisa pepejal sempena Hari Raya Aidilfitri.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment), Mohd. Norlisam Mohd. Nordin berkata, tiga kawasan yang terlibat adalah Seremban, Nilai dan Rembau.

“Di Seremban iaitu di kawasan Templer dan Mambau yang meliputi Seremban 3 dan Rasah Jaya iaitu Taman Nuri Indah Kecil, Taman Punca dan Taman Loop sisa pepejak yang dikutip pada 12 Mei dikutip pada 13 Mei.

‘Di Nilai pula, antara lokasi kawasan Pajam, Semarak, Mantin, Pekan Nilai, Bandar Enstek, Kuarters KLIA, Gadong, Taman Seremban Jaya dan Seremban Selatan kutipan pada 13 Mei akan dilakukan 14 Mei ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, di Rembau, kawasan di Taman Seri Rembau Fasa 1, 2 & Lot Banglo, Taman Kota Indah, Pekan Kota, Pekan Astana Raja, Rumah Rakyat Lubok Cina yang mana kutipan pada 13 Mei akan diawalkan pada 12 Mei ini.

SWM Environment sebelum ini memaklumkan seramai 1,004 pekerjanya dengan sejumlah 95 buah kompaktor dan 48 buah lori terbukabertugas melakukan kerja-kerja kutipan sisa pepejal pada hari raya pertama.

Bagi raya kedua pula, seramai 1,417 pekerja akan bertugas dengan 110 buah kompaktor dan 54 lori terbuka manakala pada hari raya ketiga semua pekerja kembali bertugas sepenuhnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya