SHMMP: 95 pemborong, peruncit dikenakan tindakan - Utusan Malaysia

SHMMP: 95 pemborong, peruncit dikenakan tindakan

SHAMSUL Nizam Khalil (tengah) meninjau harga barang pada lawatan di Pasar Raya Mydin di Alor Setar, Kedah, hari ini. - UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sebanyak 95 pemborong dan peniaga di seluruh negara dikenakan tindakan kerana melakukan pelbagai kesalahan sejak pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021 bermula 21 April lalu.

Timbalan Pengarah Penguat Kuasa (Operasi), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Shamsul Nizam Khalil berkata, sebanyak 89 kes melibatkan peruncit sementara enam kes adalah pemborong.

“Ia melibatkan kes tiada tanda harga iaitu sebanyak 47 kes, tiada khas merah jambu (18 kes) dan menjual melebihi harga siling ditetapkan (30 kes).

“Jumlah sitaan dalam tempoh tersebut adalah sebanyak RM12,736 dan kompaun dikenakan pula RM13,800,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di pasar raya Mydin di sini, hari ini.

Katanya, Johor, Kelantan dan Terengganu mencatatkan kes paling tinggi.

Tambah beliau, pihaknya melakukan sebanyak 16,435 pemeriksaan yang melibatkan
292 pemborong dan 16,143 peruncit.

“Selain itu, kami menerima 11 aduan iaitu satu melibatkan aduan tentang pemborong dan 10 berkaitan peruncit,” katanya.

Katanya, berdasarkan pemeriksaan di bandar ini mendapati kebanyakan peniaga mematuhi harga ditetapkan.

Malah, jelasnya, teedapat peniaga yang menjual pada harga lebih rendah daripada harga siling ditetapkan kerajaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya