PETALING JAYA: Memberi kebenaran kepada orang ramai merentas negeri untuk pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri pada pertengahan bulan depan boleh diibaratkan ‘menempah maut’ dan bakal mengundang lebih banyak kes jangkitan Covid-19. Presiden Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia, (Perdim), Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail menolak cadangan pelbagai pihak yang mahu perjalanan rentas negeri dilonggarkan. Malah, beliau menggesa kerajaan mengetatkan syarat merentas negeri, mengenakan hukuman berat kepada pesalah dan meningkatkan pematuhan prosedur operasi…