Polis ketatkan syarat rentas negeri  - Utusan Malaysia

Polis ketatkan syarat rentas negeri 

ACRYL SANI ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Syarat pelepasan rentas negeri diperketatkan bagi mengelakkan orang ramai melakukan pergerakan rentas negeri tanpa kebenaran dan alasan munasabah.

Syarat pelepasan rentas negeri hanya tertakluk kepada tiga situasi iaitu kecemasan terhadap keluarga terdekat  dengan dilampirkan dokumen sokongan seperti kematian dan pasangan jaran jauh.

Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, arahan tersebut berkuat kuasa semalam susulan  penularan kes Covid-19 masih tinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Arahan telah dikeluarkan kepada ketua-ketua Polis di Daerah dan Kontinjen di seluruh negara,”katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Terdahulu, tular dalam laman sosial berhubung arahan Ketua Polis Negara berkenaan permohonan rentas negeri yang didakwa hana tertakluk kepada tiga situasi sahaja.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam mencadangkan aktiviti rentas negeri untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri ditangguhkan.

Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr. Adham Baba berkata, penanguhan itu perlu dilakukan kerana penularan wabak masih berada di tahap membimbangkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×