fbpx

12 April 2021, 12:45 am

  TERKINI

Pil `buat manusia kuat’ dirampas lagi

Sebahagian dadah captagon yang dirampas dalam sebuah kontena di Pelabuhan Klang pada 5 Apil 2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Pil Captagon atau dadah `buat manusia kuat’ dirampas dalam pemeriksaan sebuah kontena di Pelabuhan Barat di sini, Isnin lalu.

Serbuan pukul 5.30 petang hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama General Direktor Kawalan Narkotik Arab Saudi.

Jumlah rampasan melibatkan 3.8 juta pil  dengan  berat 650 kilogram (kg). Bagaimanapun, tiada tangkapan dilakukan menerusi operasi tersebut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Razarudin Husain berkata, dadah berkenaan dibawa dari sebuah negara di Asia Barat sebelum tiba di pelabuhan tersebut pada Ahad lalu.

Menurut beliau, dadah itu sepatutnya dipindahkan ke sebuah kapal lain yang akan meneruskan perjalanan ke Singapura sebelum menuju negara di Asia Barat yang dijadualkan Selasa lalu.

“Hasil pengimbasan mendapati kontena tersebut mengandungi sejumlah 19 palet kayu berisi 899 kotak dengan 875 kotak mengandungi aluminium floor spring berisi pil Captagon,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada 23 Mac lalu, Utusan melaporkan, sebanyak 94.8 juta pil captagon disyaki mengandungi dadah jenis amphetamie yang disorokkan dalam roda castor dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Pelabuhan Klang.

Ketua Pengarah kastam, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, rampasan itu dilakukan pada 15 Mac lalu juga  bertindak atas maklumat perisikan daripada Direktorat Jeneral Pengawalan Narkotik Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi.- UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN