fbpx

24 Jun 2021, 11:30 am

  TERKINI

Penutupan jalan untuk kerja penggantian saluran paip gas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Anak syarikat milik penuh Gas Malaysia Berhad, Gas Malaysia Distribution Sdn. Bhd. (GMD) menjelaskan, penutupan jalan sementara di Persiaran Glenmarie, Shah Alam baru-baru ini adalah untuk memudahkan GMD melakukan kerja penggantian saluran paip gas.

GMD dalam satu kenyataan memberitahu, tugas mereka ialah untuk mengganti bahagian saluran paip gas yang rosak sebelum ini disebabkan aktiviti pembinaan yang dilakukan oleh pihak ketiga.

“Kebocoran gas dari saluran paip yang rosak telah dibendung dari awal jadi ia masih terkawal sekarang. Pelanggan juga tidak mengalami gangguan bekalan gas.

“Saluran paip sangat penting untuk menyediakan penghantaran gas yang selamat dan boleh dipercayai kepada pelbagai industri komersial dan pelanggan di kediaman Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya.

Menurut Gas Malaysia, pihaknya sedang menguruskan hal itu dan keadaan masih terkawal jadi orang ramai tidak perlu risau.

Gas Malaysia katanya, sangat mementingkan keselamatan dan tidak akan berkompromi tentangnya dalam apa jua keadaan.

“Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan dan akan memberitahu maklumat terkini. Kami mohon maaf atas segala kesulitan,” katanya. – UTUSAN