Pendakwaan terhadap Najib bertentangan dengan undang-undang

Pendakwaan terhadap Najib bertentangan dengan undang-undang

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pasukan pembelaan memaklumkan kepada Mahkamah Rayuan di sini hari ini bahawa pendakwaan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang negara.

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhujah demikian dalam rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana syarikat SRC International berjumlah RM42 juta.

Beliau berhujah, hal ini kerana Ahli Parlimen Pekan itu tiada mempunyai kepentingan peribadi dalam SRC dan Seksyen 23(4) Akta SPRM 2009 tidak terpakai bagi seseorang pegawai memegang jawatan dalam badan awam sebagai wakil suatu badan awam lain mempunyai kawalan atau separa kawalan atas satu badan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya