Masih ramai lagi ingkar pakai pelitup muka - Ismail Sabri

Masih ramai lagi ingkar pakai pelitup muka

KESALAHAN ingkar memakai pelitup muka adalah tertinggi semalam apabila merekodkan 21 tangkapan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Orang ramai masih ingkar memakai pelitup muka apabila merekodkan 21 kesalahan dan tertinggi bagi kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) semalam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah itu antara 82 kes keseluruhan tangkapan dengan kesemua dikenakan kompaun. 

Katanya, antara kesalahan lain ialah gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (15); tiada penjarakan fizikal (14); aktiviti pusat hiburan (dua) dan lain-lain kesalahan (30) hasil operasi Task Force diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui 64,733 pemeriksaan dengan kekuatan 3,594 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,575 anggota.

“Operasi Benteng semalam menangkap tiga orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan merampas empat kenderaan darat, selain 169 buah bot atau kapal turut dikesan di perairan negara  melalui sembilan aktiviti penglihatan. 

“Seramai enam orang PATI turut diusir melalui dua aktiviti pengusiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, seramai 901 individu tiba di semua pintu masuk  antarabangsa dan semuanya dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara. 

Secara kumulatifnya, kata beliau, sejak 24 Julai lalu seramai 175,205 individu pulang ke tanah air dan daripada jumlah itu, seramai 7,217 individu dikuarantin dan 166,545 orang dibenarkan pulang manakala 1,443 lagi dibawa ke hospital.

“Pemantauan serta pemeriksaan oleh anggota Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna  (KPDNHEP) di peringkat peruncit dan pemborong mendapati bekalan makanan adalah stabil dan mencukupi. 

“Semalam, KPDNHEP membuat 729 pemantauan harian ke atas 11 jenis bekalan barangan terdiri daripada peruncit (546), pemborong (152) dan pengilang (31) selain melakukan 1,438 pemeriksaan khas dan mendapati semua premis mematuhi SOP,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya