Maritim Malaysia, Vietnam atasi isu pencerobohan nelayan

Maritim Malaysia, Vietnam atasi isu pencerobohan nelayan

MOHD. Zubil Mat Som (kiri) menunjukkan empat bot nelayan Vietnam yang ditahan kerana menceroboh perairan negara ketika melakukan lawatan kerja di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu. - FOTO/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan agensi maritim Vietnam bakal memeterai perjanjian persefahaman (MoU) bagi mengatasi isu pencerobohan nelayan asing.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Zubil Mat Som berkata, satu perjanjian persefahaman antara kedua-dua pihak akan ditandatangani sebaik sahaja draf tersebut diluluskan Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.

“Kerjasama itu melibatkan manfaat kepada agensi maritim seperti penguatkuasaan, operasi mencari dan menyelamat, perkongsian data dan latihan anggota.

“Sekiranya perjanjian itu dimuktamadkan, kita percaya isu pencerobohan bot nelayan Vietnam (di perairan negara) boleh diselesaikan,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Maritim Malaysia Terengganu, di sini semalam.

Zubil berkata, secara dasarnya semua terma dan syarat kerjasama ditetapkan Maritim Malaysia telah dipersetujui Pengawal Pantai Vietnam, namun terdapat beberapa klausa daripada agensi penguatkuasaan maritim negara jiran itu masih dalam pertimbangan Jabatan Peguam Negara  berikutan pertindihan kepentingan. 

Sementara itu, Zubil berkata, Maritim Malaysia sedang memantau kehadiran sebuah kapal Pengawal Pantai China di kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) di Beting Patinggi Ali, Miri, Sarawak.

“Isu itu akan ditangani secara diplomatik bagi mengelakkan krisis dan ketegangan antara dua negara. Pendekatan yang diambil lebih lembut dengan menghantar kapal penguat kuasa dan bukannya kapal perang,” katanya.

Dalam pada itu, menurut Zubil, Maritim Malaysia bakal memiliki kapal pelbagai guna yang dilengkapi teknologi serba canggih bagi mengawal perairan negara.

Katanya, aset yang dibangunkan dengan kos RM280 juta itu akan ditugaskan di perairan negara bagi meningkatkan kawalan keselamatan maritim dan pencerobohan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya