PETALING JAYA: Malaysia dipermainkan dan menjadi mangsa buli kuasa-kuasa besar dalam isu pengagihan vaksin, sehingga mengakibatkan bekalan yang sepatutnya sampai tepat pada masanya dilewat-lewatkan oleh pembekal. Memburukkan keadaan, walaupun kerajaan membuat permohonan kepada pembekal vaksin agar dipercepatkan penghantarannya, namun mereka bersikap sambil lewa atas alasan ingin mengutamakan rakyat negara masing-masing. Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohd. Rabin Basir memberitahu Mingguan Malaysia, kebanyakan pembekal vaksin yang menggunakan pengaruhnya untuk…










