Lapan lokaliti di Tawau kena PKPD - Ismail Sabri Yaakob

Lapan lokaliti di Tawau kena PKPD

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak lapan lokaliti di Daerah Tawau, Sabah bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok sehingga 25 April ini berikutan peningkatan kes secara mendadak dan kebolehjangkitan tinggi.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga ini, secara kumulatif sebanyak 76 kes positif Covid-19 selain 220 orang kontak rapat dikesan dari lokaliti tersebut.

Katanya, lokaliti berkenaan ialah Taman Sri Bukit Tawau, Taman Cahaya, Jalan Tengku Osman, Bandar Sri Indah, Jalan Mesra, Kampung Titingan, Taman Golden Hill, Sungai Passin, Daerah Matu, dan Bahagian Mukah, Sarawak.

“Setakat ini, secara kumulatif sebanyak 32 kes positif pandemik berkenaan dikesan daripada hasil ujian saringan ke atas seramai 64 orang penduduk di lokaliti tersebut,” kata beliau lagi.

Dalam pada itu, PKPD di Penjara Tapah, Daerah Batang Padang, Perak kata beliau, yang dijadualkan tamat esok, telah pun dilanjutkan selama 14 hari lagi bermula pada 13 April ini.

Kementerian Kesihatan ujarnya, sepanjang dua minggu lalu telah melakukan 3,572 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 891 kes positif wabak tersebut sudah direkodkan.

Dalam pada itu, PKPD di Kampung Belaoh, Kampung PPRT Belaoh Baru dan Kampung Keruak, di Terengganu telah diperluaskan kepada dua lokaliti lain yang bersebelahan dengannya meliputi Kampung Pak Sik dan Felcra Keruak berikutan pergerakan wabak daripada aktiviti keramaian dan perkumpulan di lokaliti terletak di Mukim Hulu Besut, Daerah Besut

Sehingga semalam katanya, sebanyak 61 kes positif Covid-19 direkodkan hasil saringan di tiga perkampungan sebelumnya yang dikenakan PKPD dan dijadualkan tamat pada 20 April ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya