Ku Li: Zahid tak layak pimpin parti jika rakaman itu benar - Utusan Malaysia

Ku Li: Zahid tak layak pimpin parti jika rakaman itu benar

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak layak memimpin parti sekiranya rakaman perbualan bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu benar.

 Tokoh veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, perkara itu disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab dalam keadaan ahli UMNO kini sedang meletakkan harapan tinggi kepadanya untuk menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

 “Pada pandangan saya tak baguslah, seorang pemimpin patut tidak berlagak macam itu. Dia mesti lebih bertanggungjawab sebab orang meletakkan harapan kepada dia untuk memimpin dengan lebih baik.

 “Mengenai rakaman audio ini, tak tahulah betul atau tak tapi dengar suara macam dia punya suara.

 “Kalau benar itu suara dia, kalau benar dia mempunyai niat macam itu. Sebagaimana suara dia sememangnya dia tidak bertanggungjawab, tidak layak kekal di situ,” katanya memetikm sebuah portal hari ini. 

Rakaman kira-kira empat minit itu telah tersebar melibatkan suara mirip Zahid dan Anwar berhubung apa yang berlaku pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 pada akhir bulan lalu.

 Dalam rakaman tersebut, suara mirip Anwar didengar memuji individu yang memiliki suara seakan Zahid kerana berjaya mengendalikan Perhimpunan Agung UMNO.

 Selain itu, suara yang didakwa Zahid berkata, apa yang diucapkan ketika PAU hanya bersifat taktikal.

 Bagaimanapun, Zahid dan Anwar telah menafikan suara dalam audio berkenaan adalah miliknya dan masing-masing berkata akan membuat laporan polis.

 Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz membuat gesaan itu atas alasan Zahid tidak lagi mempunyai kreadibiliti untuk memimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN).

 Ketua Bahagian UMNO Padang Rengas itu menegaskan Zahid perlu memberi laluan kepada orang lain untuk memimpin parti kerana imejnya sudah tercalar dengan tuduhan-tuduhan di mahkamah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.