fbpx

‘Kita setuju jemputan masuk MN, tapi tidak ada respons’

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendedahkan persetujuan mereka menyertai Muafakat Nasional (MN) tidak ada sebarang maklum balas rasmi mengenai status tersebut sehingga hari ini.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan menegaskan, parti tersebut tidak pernah menolak pelawaan menyertai MN demi agenda penyatuan ummah itu.

“Tahun lepas Bersatu dijemput menyertai MN. Kita bincang mendalam jemputan ini dan akhirnya kita bersetuju menerima jemputan tersebut. Bukan kita minta masuk, kita dijemput masuk.

“Bila kita dah balas surat dan nyatakan persetujuan, tidak ada respon rasmi mengenai status selanjutnya. Saya sendiri tertanya-tanya apa status jemputan itu sekarang.

“Cuma, bila ditanya adakah Bersatu tolak MN, saya nak tegaskan bahawa kita dijemput masuk dan kita setuju. Selepas kita setuju, ‘the ball is not in our court anymore’. Kita tak tolak dan tak pernah tolak agenda penyatuan,” katanya di sini hari ini.

Ogos tahun lalu, UMNO dan Pas menghantar jemputan kepada Bersatu untuk menyertai gabungan yang diasaskan bersama itu.

Rentetan itu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa majlis tertinggi parti itu bersetuju untuk menyertai MN yang mendukung PN sebagai gabungan besar atau ‘the grand coalition’.

Tambah Wan Saiful, melihat kepada situasi tersebut jangan pula menuduh Bersatu menolak jemputan menyertai MN ketika itu.

Berikutan itu, katanya, pada masa ini, mereka menumpukan tenaga dan masa bagi mengukuhkan Perikatan Nasional (PN) dan terus memperkasakan gabungan berkenaan. – UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI