Covid-19 varian South African B.1.351 dikesan Mac lalu

Covid-19 varian South African B.1.351 dikesan Mac lalu

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesan varian South African B.1.351 dalam kalangan kes positif Covid-19 tempatan melalui survelan genomik sepanjang tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pengesanan terbabit dikesan melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Institut Kesihatan Negara (NIH).

Katanya, kes positif dari kluster-kluster tempatan di Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak, dan Labuan.

“Selain itu, kes positif dengan sejarah perjalanan ke negara lain dan kes kematian disebabkan Covid-19.

“Penemuan varian South African B.1.351 pertama kali dilaporkan di dunia pada Disember 2020 di United Kingdom dan Afrika Selatan. Sejak awal tahun ini kewujudan varian tersebut telah juga turut dilaporkan negara lain termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Jerman, Australia, dan Korea Selatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, kewujudan varian South African B.1.351 di Malaysia telah mula dikenal pasti dalam kalangan empat kes tempatan pada Mac lalu di mana empat kes terlibat mempunyai kaitan lokasi geografi dan berhubung rapat dengan Kluster Jalan Lima.

Katanya, dua kes dipercayai dari Kluster Jalan Lima yang merupakan pekerja di salah sebuah syarikat berpengkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) namun cara penularan atau jangkitan sukar untuk dikenal pasti dan disahkan. 

“Satu kes pula adalah daripada Kluster Kebun Baru dan satu kes lagi adalah merupakan ahli keluarga kepada kes positif Covid-19 yang tinggal serumah. Susulan daripada penemuan pertama, lebih banyak ujian jujukan genom telah dijalankan dengan menggunakan sampel positif Covid-19 dari lokasi geografi termasuk daerah Kuala Langat dan daerah Sepang,” katanya.

Jelasnya, hasilnya terdapat lima kes lagi dikesan dari lokaliti ini yang telah dijangkiti iaitu empat kes adalah daripada Kluster Kebun Baru dan satu daripada Kluster Jalan Lima.

Katanya, Kluster Jalan Lima telah tamat pada 29 Mac lalu; Kluster Kebun Baru pula masih aktif dan dijangka tamat pada 25 April ini, sekiranya tiada lagi pertambahan kes.

“Analisa jujukan genom juga menunjukkan kebarangkalian asal-usul jangkitan daripada kes positif melibatkan pekerja di salah sebuah syarikat berpengkalan di KLIA berdekatan dengan kawasan Sepang diikuti penularan jangkitan ke kawasan penduduk tempatan di daerah Kuala Langat.

“Sehingga 31 Mac 2020, sembilan kes positif telah dikenal pasti dijangkiti dengan varian South African B.1.351 daripada jangkitan tempatan di Malaysia. Malah, analisis filogenetik serta hubungkait geografi menunjukkan kebarangkalian kes-kes tersebut adalah daripada punca jangkitan yang sama,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya