Celcom perkenalkan inisiatif JENDELA bagi meningkatkan rangkaian - Utusan Malaysia

Celcom perkenalkan inisiatif JENDELA bagi meningkatkan rangkaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Miliki telefon PERCUMA dengan liputan 4G di rangkaian terluas.- FOTO Celcom

Pada Ogos tahun lalu, kerajaan mengumumkan inisiatif Jalinan Digital Negara (Jendela) bagi meningkatkan kualiti jalur lebar rakyat Malaysia.

Pengumuman inisiatif berkenaan turut membabitkan penamatan rangkaian 3G secara berperingkat sehingga akhir tahun 2021.

Ia usaha memantapkan lagi rangkaian 4G dan memperkukuhkan asas rangkaian 5G.

Justeru, rakyat Malaysia yang masih menggunakan telefon 3G disaran untuk menaik taraf ke telefon 4G segera sebelum rangkaian 3G ditamatkan.

Anda pasti akan mengalami gangguan panggilan dan sambungan internet sekiranya masih menggunakan kad sim 3G dan ia mengambil lebih banyak masa untuk diperbaiki memandangkan semua syarikat telekomunikasi memfokuskan penaiktarafan rangkaian 4G buat masa ini.

Penggunaan telefon 3G pula menggunakan kuasa yang tinggi berbanding 4G, selain menghadkan tempoh percakapan dan memerlukan kapasiti bateri lebih besar.

Syarikat telefon pintar juga sudah tidak mengeluarkan model telefon pintar 3G dan bergerak seiring kemajuan teknologi, bermakna untuk mendapatkan alat ganti peranti 3G anda yang rosak juga sukar.


Selain itu, beberapa aplikasi di pasaran ketika ini memerlukan sambungan 4G yang pantas untuk digunakan misalnya MySejahtera bagi mengemaskini sejarah lokasi dilawati dengan tepat.

Seiring dengan penamatan rangkaian 3G, rakyat Malaysia disarankan untuk menaik taraf telefon 3G kepada 4G, syarikat telekomunikasi Celcom menawarkan telefon 4G percuma berserta pelan prabayar dan pascabayar yang sesuai dengan gaya hidup anda.

Antara pelan data ditawarkan adalah prabayar Celcom Xpax, pascabayar Celcom XP LITE™ dan Celcom MEGA™.

Pelbagai jenama telefon 4G dengan spesifikasi terbaik ditawarkan seperti Vivo Y1s, Samsung Galaxy A02, Nokia C2, OPPO A53 dan banyak lagi telefon 4G berserta pelan data sehingga 40GB serta panggilan tanpa had.

Tawaran Celcom ini bukan sahaja memberi penjimatan malah pengalaman komunikasi lebih baik selain menaik taraf kad uSIM untuk mengakses ke rangkaian 4G.

Bertukarlah ke rangkaian 4G Celcom dan dapatkan telefon 4G secara percuma hari ini sebelum terlambat!

Kunjungi Celcom bluecube berdekatan atau layari laman web Celcom untuk maklumat lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya